Sabtu, 19 Januari 2013

Sejarah Singkat Sayyid Ja'far Bin Husain Bin Abdul Karim Al-Barzanji

By Unknown | At Sabtu, Januari 19, 2013 | Label : | 0 Comments

pengarang Maulid Barzanji
Sayyid Jafar Bin Husain Bin Abdul Karim Al-Barzanji

Garis Keturunannya:

Sayyid Jafar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Muhammad ibn Sayid Rasul ibn Abdul Syed ibn Abdul Rasul ibn Qalandar ibn Abdul Syed ibn Isa ibn Husain ibn Bayazid ibn Abdul Karim ibn Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn Abdullah ibn Ismail ibn Al-Imam Musa Al-Kazim ibn Al-Imam Jafar As-Sodiq ibn Al-Imam Muhammad Al-Baqir ibn Al-Imam Zainal Abidin ibn Al-Imam Husain ibn Sayidina Ali r.a. dan Sayidatina Fatimah binti Rasulullah saw.


Dinamakan Al-Barjanzy karena dinisbahkan kepada nama desa pengarang yang terletak di Barjanziyah kawasan Akrad (kurdistan). Kitab tersebut nama aslinya Iqd al-Jawahir (Bahasa Arab, artinya kalung permata) sebagian ulama menyatakan bahwa nama karangannya adalah Iqdul Jawhar fi mawlid anNabiyyil Azhar. yang disusun untuk meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kemudian lebih terkenal dengan nama penulisnya.

Beliau dilahirkan di Madinah Al Munawwarah pada hari Kamis, awal bulan Zulhijjah tahun 1126 H (1711 M). Beliau menghafal Al-Quran 30 Juz kepada Syaikh Ismail Alyamany dan Tashih Quran (mujawwad) kepada syaikh Yusuf Ashoidy kemudian belajar ilmu naqliyah (quran Dan Haditz) dan Aqliyah kepada ulama-ulama masjid nabawi Madinah Al Munawwarah dan tokoh-tokoh qabilah daerah Barjanzi kemudian belajar ilmu nahwu, sharaf, mantiq, Maani, Badi, Faraidh, Khat, hisab, fiqih, ushul fiqh, falsafah, ilmu hikmah, ilmu teknik, lughah, ilmu mustalah hadis, tafsir, hadis, ilmu hukum, Sirah Nabawi, ilmu sejarah semua itu dipelajari selama beliau ikut duduk belajar bersama ulama-ulama masjid nabawi. Dan ketika umurnya mencapai 31 tahun atau bertepatan 1159 H barulah beliau menjadi seorang yang Alim wal Allaamah dan Ulama besar.

Kitab Mawlid al-Barzanji ini telah disyarahkan oleh al-Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan satu syarah yang memadai, cukup elok dan bermanfaat yang dinamakan al-Qawl al-Munji ala Mawlid al-Barzanji yang telah banyak kali diulang cetaknya di Mesir.

Di samping itu, kitab Mawlid Sidi Jafar al-Barzanji ini telah disyarahkan pula oleh para ulama kenamaan umat ini. Antara yang masyhur mensyarahkannya ialah Syaikh Muhammad bin Ahmad Ilyisy al-Maaliki al-Asyari asy-Syadzili al-Azhari dengan kitab al-Qawl al-Munji ala Mawlid al-Barzanji. Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H (1802M) dan wafat pada tahun 1299H (1882M).

Selain itu ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai ulama dan penulis yang produktif dengan banyak karangannya, yaitu Sayyidul Ulama-il Hijaz, an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi turut menulis syarah yang lathifah bagi Mawlid al-Barzanji dan karangannya itu dinamakannya Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud. Kemudian, Sayyid Jafar bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain yang merupakan suami kepada satu-satunya anak Sayyid Jafar al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi Mawlid al-Barzanji tersebut yang dinamakannya al-Kawkabul Anwar ala Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar. Sayyid Jafar ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah. Karangan-karangan beliau banyak, antaranya: Syawaahidul Ghufraan ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan, Mashaabiihul Ghurar ala Jaliyal Kadar dan Taajul Ibtihaaj ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Miraaj. Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian nendanya Sayyid Jafar al-Barzanji dalam kitabnya ar-Raudhul Athar fi Manaqib as-Sayyid Jafar.

Kembali kepada Sidi Jafar al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan 

Sejarah Maulid Al-Habsyi

By Unknown | At Sabtu, Januari 19, 2013 | Label : | 0 Comments

Al-Habib Al-Imam Al-Allamah Ali bin
Muhammad bin Husin Al-Habsyi dilahirkan
pada hari Jumaat 24 Syawal 1259 H di
Qasam, sebuah kota di negeri Hadhramaut.
Beliau dibesarkan di bawah asuhan dan
pengawasan kedua orang tuanya;
ayahandanya, Al-Imam Al-Arif Billah
Muhammad bin Husin bin Abdullah Al-
Habsyi dan ibundanya; As-Syarifah
Alawiyyah binti Husain bin Ahmad Al-Hadi
Al-Jufri, yang pada masa itu terkenal
sebagai seorang wanita yang solihah yang
amat bijaksana.
Pada usia yang amat muda, Habib Ali Al-
Habsyi telah mempelajari dan
mengkhatamkan Al-Quran dan berhasil
menguasai ilmu-ilmu zahir dan batin
sebelum mencapai usia yang biasanya
diperlukan untuk itu.
Oleh karenanya, sejak itu, beliau diizinkan
oleh para guru dan pendidiknya untuk
memberikan ceramah-ceramah dan
pengajian-pengajian di hadapan khalayak
ramai, sehingga dengan cepat sekali, dia
menjadi pusat perhatian dan kekaguman
serta memperoleh tempat terhormat di hati
setiap orang. Kepadanya diserahkan tampuk
kepimpinan tiap majlis ilmu, lembaga
pendidikan serta pertemuan-pertemuan
besar yang diadakan pada masa itu.
Selanjutnya, beliau melaksanakan tugas-
tugas suci yang dipercayakan padanya
dengan sebaik-baiknya. Menghidupkan ilmu
pengetahuan agama yang sebelumnya
banyak dilupakan. Mengumpulkan,
mengarahkan dan mendidik para siswa agar
menuntut ilmu, di samping membangkitkan
semangat mereka dalam mengejar cita-cita
yang tinggi dan mulia.
Untuk menampung mereka, dibangunnya
Masjid Riyadh di kota Seiwun
(Hadhramaut), pondok-pondok dan asrama-
asrama yang diperlengkapi dengan berbagai
sarana untuk memenuhi keperluan mereka,
termasuk soal makan-minum, sehingga
mereka dapat belajar dengan tenang dan
tenteram, bebas dari segala pikiran yang
mengganggu, khususnya yang bersangkutan
dengan keperluan hidup sehari-hari.
Bimbingan dan asuhan beliau seperti ini
telah memberinya hasil kepuasan yang tak
terhingga dengan menyaksikan banyak
sekali di antara murid-muridnya yang
berhasil mencapai apa yang dicitakannya,
kemudian meneruskan serta menyiarkan
ilmu yang telah mereka peroleh, bukan
sahaja di daerah Hadhramaut, tetapi
tersebar luas di beberapa negeri lainnya - di
Afrika dan Asia, termasuk di Indonesia.
Di tempat-tempat itu, mereka mendirikan
pusat-pusat dakwah dan penyiaran agama,
mereka sendiri menjadi perintis dan pejuang
yang gigih, sehingga mendapat tempat
terhormat dan disegani di kalangan
masyarakat setempat. Pertemuan-
pertemuan keagamaan diadakan pada
berbagai kesempatan. Lembaga-lembaga
pendidikan dan majlis-majlis ilmu didirikan
di banyak tempat, sehingga manfaatnya
benar-benar dapat dirasakan dalam ruang
lingkup yang luas sekali.
Beliau meninggal dunia di kota Seiwun,
Hadhramaut, pada hari Ahad 20 Rabiul
Akhir 1333 H dan meninggalkan beberapa
orang putera yang telah memperoleh
pendidikan sebaik-baiknya dari beliau
sendiri, yang meneruskan cita-cita beliau
dalam berdakwah dan menyiarkan agama.
Di antara putera-putera beliau yang dikenal
di Indonesia ialah puteranya yang bongsu;
Al-Habib Alwi bin Ali Al-Habsyi, pendiri
Masjid Riyadh di kota Solo (Surakarta).
Dia dikenal sebagai peribadi yang amat
luhur budi pekertinya, lemah-lembut, sopan-
santun, serta ramah-tamah terhadap siapa
pun terutama kaum yang lemah, fakir
miskin, yatim piatu dan sebagainya. Rumah
kediamannya selalu terbuka bagi para tamu
dari berbagai golongan dan tidak pernah
sepi dari pengajian dan pertemuan-
pertemuan keagamaan. Beliau meninggal
dunia di kota Palembang pada tanggal 20
Rabiul Awal 1373 H dan dimakamkan di
kota Surakarta.
Banyak sekali ucapan Al-Habib Ali bin
Muhammad Al-Habsyi yang telah dicatat
dan dibukukan, di samping tulisan-
tulisannya yang berupa pesan-pesan
ataupun surat-menyurat dengan para ulama
di masa hidupnya, juga dengan keluarga dan
sanak kerabat, kawan-kawan serta murid-
murid beliau, yang semuanya itu merupakan
perbendaharaan ilmu dan hikmah yang tiada
habisnya.
Dan di antara karangan beliau yang sangat
terkenal dan dibaca pada berbagai
kesempatan di mana-mana, termasuk di
kota-kota di Indonesia, ialah risalah kecil ini
yang berisi kisah Maulid Nabi Besar
Muhammad SAW dan diberinya judul
Simtud Duror Fi Akhbar Maulid Khairil
Basyar wa Ma Lahu min Akhlaq wa Aushaf
wa Siyar (Untaian Mutiara Kisah Kelahiran
Manusia Utama; Akhlak, Sifat dan Riwayat
Hidupnya).
Dipetik dari: Untaian Mutiara - Terjemahan
Simtud Duror oleh Hb Anis bin Alwi bin Ali
Al-Habsyi
-------------------------------------------
-------------------------------------------
-------------------------------------------
--
Simthud-Durar fi akhbar Mawlid Khairil
Basyar min akhlaqi wa awshaafi wa siyar
atau singkatannya Simthud-Durar adalah
karangan mawlid Junjungan yang disusun
oleh Habib Ali bin Muhammad bin Husain
al-Habsyi (1259 1333H / 1839 1913M).
Mawlid yang juga terkenal dengan panggilan
Mawlid Habsyi ini telah diimlakan oleh
Habib Ali tatkala beliau berusia 68 tahun
dalam beberapa majlis bermula pada hari
Khamis 26 Shafar al-khair 1327 dan
disempurnakan 10 Rabi`ul Awwal tahun
tersebut dan dibacakan secara rasminya di
rumah murid beliau Habib Umar bin Hamid
as-Saqqaf pada malam Sabtu tanggal 12
Rabi`ul Awwal.
Habib Thoha bin Hasan bin Abdur Rahman
as-Saqqaf dalam Fuyudhotul Bahril Maliy
menukil kata-kata Habib Ali berhubung
karangannya tersebut seperti berikut:-
Jika seseorang
menjadikan kitab mawlidku
ini sebagai salah satu
wiridnya atau
menghafalnya, maka sir
Junjungan al-Habib s.a.w.
akan nampak pada dirinya.
Aku mengarangnya dan
mengimla`kannya, namun
setiap kali kitab itu
dibacakan kepadaku,
dibukakan bagiku pintu
untuk berhubungan dengan
Junjungan Nabi SAW..
Habib Novel bin Muhammad al-Aydrus
menceritakan bahawa antara keistimewaan
Simthud Durar ialah seseorang yang
mempelajarinya akan cepat menghafal al-
Quran. Perkara ini beberapa kali berlaku
pada murid-murid yang diasuh oleh Habib
Husain Mulakhela, di mana sebelum
menghafal al-Quran mereka disuruh
membaca dan menghafal Simthud Durar
dan ternyata hasilnya murid-murid tersebut
lebih cepat menghafal al-Quran. Habib
Husain Mulakhela sendiri mengalami hal
sedemikian. Ketika diawal menuntut ilmu
bahasa Arab, gurunya, Habib Hadi Jawas
telah menyuruhnya untuk terlebih dahulu
mempelajari Simthud Durar . Setelah
dipelajari dengan tekun, barulah
diketahuinya bahawa Simthud-Durar
menghimpun semua wazan / pola kata /
tata kata dalam bahasa Arab, sehingga dia
menjadi mudah untuk menguasai ilmu nahu
dan sharaf.
Setelah 100 tahun karangan mawlid ini
beredar, kemasyhurannya tetap bersinar
cemerlang dengan dijadikan bahan bacaan
dan wiridan ramai pencinta Junjungan
s.a.w. Mudah-mudahan ianya terus hidup
subur dan keberkatannya dilimpahkan
kepada segala yang mengaku umat
Junjungan SAW.
Allahumma sholli wa sallim
asyrafas shoolati wat taslim
ala Sayyidina wa Nabiyiina
Muhammadi-nir Ra-ufir Rahim.
Allahumma sholli wa sallim wa baarik
alaihi wa ala aaalih.
AL-HABIB AL-IMAM AL-ALLAMAH ALI BIN
MUHAMMAD BIN HUSIN AL-HABSYI
(SIMTUD DUROR )
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Yahoo Massenger

Copyright © 2012. Kubbatul Khadra - All Rights Reserved B-Seo Versi 5 by Bamz